FIDYAH PUASA. Ramadan Datang Lagi.. Bayar Segera!!

FIDYAH PUASA. Ramadan Datang Lagi.. Bayar Segera!!
KURANG 2 BULAN LAGI NAK PUASA.. PUASA LEPAS DAH HABIS GANTI?
TAK GANTI LAGI?!
JANGAN RISAU. MASIH ADA MASA UNTUK GANTI... NAMUN, JIKA PASTI TIDAK UPAYA.. JOM BAYAR FIDYAH BERSAMA AMAN PALESTIN

Islam itu memudahkan hambaNya yang beriman.

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 184)


Al-Hadis

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa atas sebab yang dibenarkan syarak adalah WAJIB bagi mereka untuk membayar fidyah.


 Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. 


Fidyah atau denda bagi orang Islam baligh yang tinggalkan puasa atas sebab tertentu atau sengaja lewatkan ganti puasa.

Buat wanita, ibu hamil, ibu menyusu yang pernah tinggalkan puasa.

Serta waris anak-anak bagi ibu bapa uzur atau sakit kuat yang tak mampu puasa tu.

Boleh segera bayar fidyah bersama Palestin.

Hanya Rm 4 saja (nilai secupak beras) untuk 1 hari puasa yang ditinggalkan.

Sebab apa bayar fidyah untuk Palestin. Menurut laporan daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) lebih 1 Juta rakyat Palestin adalah fakir miskin .



Mereka makin sengsara. Dengan bayaran fidyah anda dapat membantu mereka.

Usah berlengah lagi. Fidyah ini wajib dibayar. Jika tidak dosa itu akan ditanggung sampai bila-bila...

ANDA TERMASUK WAJIB MEMBAYAR FIDYAH JIKA ANDA IALAH:

Kategori 1:

 Tinggal puasa kerana tua atau sakit kronik

 Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan  kesihatan tubuh badannya. Serta Orang yang sakit berpanjangan dan tidak diharapkan boleh sembuh berdasarkan pengesahan doktor perubatan. Hanya bayar fidyah dan tak perlu ganti puasa.

 Contoh:
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:

Kiraannya >>>> (Bilangan Hari Tidak Berpuasa) X (Kadar Fidyah)

30hari x Rm4.00 = RM120.00

 Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.

Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran atau memudaratkan anak yang sedang disusukan.

Wajib membayar fidyah Ramadan lepas yang ditinggalkan dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Setelah membayar fidyah,qada puasa perlu juga di buat. Akan dikenakan fidyah sekali lagi selagi mana puasa itu tidak diganti.

Contoh:
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

 Kiraannya >>>> (Bilangan Hari Tidak Berpuasa) X (Kadar Fidyah)

 7 hari X RM4.00 = RM28.00

 *Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.

**Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.

*** Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.

Kategori 2:

(3.a)Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa

Contoh :

Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari  pada 3 tahun  lepas (2017) kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut. 

 Kiraannya >>>> (Bilangan Hari Tidak Berpuasa) X (Kadar Fidyah)

10 hari X RM4.00 = RM40.00 (FIDYAH)

*Perhatian:*Sekiranya tinggal puasa pada Ramadan tahun 2020, masih sempat ganti puasa sebelum masuk Ramadan tahun 2021


Kategori 3:

 Hanya ganti puasa yang tinggal. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa. Fidyah hanya dikenakan apabila gagal menggantikan puasa sebelum masuk Ramadan yang berikutnya. 

 (3.b) Perempuan datang haid semasa bulan Ramadan

Contoh :

Siti mengalami haid pada 2 tahun lepas (tahun 2019) selama 4 hari. Siti tak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan tahun lepas. Jadi Siti perlu bayar fidyah dan ganti puasa.

Kiraannya >>>> (Bilangan Hari Tidak Berpuasa) X (Kadar Fidyah)

4 hari X RM4.00 = RM16.00 (FIDYAH)

*Perhatian:*sekiranya tinggal puasa pada Ramadan tahun 2020, masih sempat ganti puasa sebelum masuk Ramadan tahun 2021

(3.c) Orang musafir yang berbuka puasa kerana musafir di bulan Ramadan

Pak Ayob bermusafir daripada Johor ke Perlis memandu sendirian ketika Ramadan tahun 2018 selama 2 hari. Pak Akob tak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan tahun 2019. Sehingga tahun ini Pak Akob masih belum ganti puasa. Jadi Pak Akob perlu bayar fidyah dan ganti puasa yang ditinggalkan.

Kiraannya >>>> (Bilangan Hari Tidak Berpuasa) X (Kadar Fidyah)

2 hari X RM4.00 = RM8.00 (FIDYAH)

*Perhatian:*sekiranya tinggal puasa pada Ramadan tahun 2020, masih sempat ganti puasa sebelum masuk Ramadan tahun 2021

(3.d) Orang yang sakit ketika puasa dan sembuh semula 
Puan Laila telah jatuh sakit pada Ramadan tahun 2017 selama 5 hari dan tak mampu berpuasa ketika itu.  Setelah Puan Laila sembuh beliau belum ganti puasa hingga kini. Oleh itu Puan Laila perlu bayar fidyah dan ganti puasa .

Kiraannya >>>> (Bilangan Hari Tidak Berpuasa) X (Kadar Fidyah)

5 hari X RM4.00 = RM20.00 (FIDYAH)

*Perhatian:*sekiranya tinggal puasa pada Ramadan tahun 2020, masih sempat ganti puasa sebelum masuk Ramadan tahun 2021

Kategori 4:

Orang yang telah meninggal dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui . Sekiranya waris tak pasti berapa jumlah puasa yang ditinggalkan, waris boleh membuat kiraan anggaran setakat yang waris itu ingat. 

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah

13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)

Kategori 5:

Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan bertambah mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

 Contoh:
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah 

3 hari X RM4.00 = RM12 (FIDYAH)

Jika masih keliru samada puasa masih perlu diganti atau tidak. Boleh lihat lebih jelas dibawah.




HUBUNGI PEGAWAI KAMI JIKA PERLU DI WHATSAPP DI BAWAH

Sekiranya anda masih ragu-ragu jumlah kiraan puasa yang mungkin lama telah ditinggalkan anda boleh buat kiraan berdasarkan anggaran mengikut ingatan anda semampu mungkin. Insya'Allah usaha anda bayar fidyah akan melepaskan tanggungjawab anda  di akhirat kelak.

Klik link Kalkulator Fidyah: 
Kiraan Fidyah


**Perhatian: Kiraan fidyah adalah mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan semasa. Hanya masukkan jumlah keseluruhan puasa yang ditinggalkan. 





Untuk maklumat lanjut, SILA HUBUNGI
CIK NURUL HAJJAR ATAN
PEGAWAI PEMASARAN ONLINE & MEDIA
+6019-7238711

NORUL AHMADY BIN ABDUL RAHMAN
PENGURUS CAWANGAN
+6018-791 0651




Kutipan Semasa Kami

RM {nilai_semasa}

Sasaran Sumbangan

RM {nilai_sasaran}

0%

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Bayaran Fidyah (RM4 x Hari ditinggal puasa berbilang tahun)
Kotak Makanan Ramadan
Sumbangan Imarah Ramadan
Tajaan Iftar (RM50)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

Kedai Amal Raihan
kedai.online.ita@gmail.com
+60187910651
Whatsapp APJohor